Kitchen's Fans

Friday, October 30, 2009

Ayam Goreng Tandoori

Resipi Puan Hanieliza..
Bahan-Bahan
1 ekor ayam (potong kecil dan bersihkan)..
1 paket rempah tandoori MAGGI..
3 sudu besar cili yang di mesin..
1 sudu besar serbuk kunyit..
5 sudu besar tepung goreng ayam..
3 ulas bawang merah..
2 ulas bawang putih yang dicincang halus..
2 inci halia..
garam..
Sambal Merah
200 gm cili kering..
200 gm bawang merah yang dicincang..
3 ulas bawang putih
2 labu bawang besar dimayang..
1/2 cawan tomato sos..
1 cawan cili sos..
minyak..
garam..
gula..
Cara Membuat Ayam Tandoori
1. Gaulkan semua bahan dan perapkan selama 1/2 jam
2. Gorengkan dalam minyak yg banyak sehingga garing.
Cara Membuat Sambal Merah

1.Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan naik minyak.
2. Masukkan tomato sos dan cili sos. Kacau rata sampai naik minyak.
3. Masukkan bawang besar dan gula. Masakkan sehingga pekat.

Ayam BBQ


Bahan-Bahan

2.0kg ayam
1 biji bawang besar (kalau bawang tu bersaiz kecil, guna 2 biji)
5 ulas bawang putih
2 cm halia
2 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 batang serai
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil garam
1 cawan gula/gula kabung/gula merah
Cara Membuatnya

Potong ayam mengikut kesukaan anda. Jika potongan tersebut besar-besar, kelar-kelar sedikit supaya ayam cepat masak. kemudian, bersih dan tos ayam tersebut.
Kisar semua bahan-bahan di atas sehingga hancur.
Masukkan bahan-bahan kisar tersebut ke dalam bekas dan campurkan dengan ayam.

Perap ayam tersebut 1 malam atau 2-3 malam di dalam peti ais.(lagi lama perap lagi sedap!)
Bakar ayam di atas bara api .. Selamat Mencuba!

Thursday, October 29, 2009

Maimunah's Kitchen

Assalammualaikum..Selamat Datang Ke Blog Koleksi Resipi Makanan yang sangat menyelerakan untuk dicuba, cepat dimasak dan senang dimakan...Pelbagai resipi ada dalam blog ini dari Lauk-Pauk hingga ke pelbagai Manisan@Dessert..