Kitchen's Fans

Friday, October 30, 2009

Ayam Goreng Tandoori

Resipi Puan Hanieliza..
Bahan-Bahan
1 ekor ayam (potong kecil dan bersihkan)..
1 paket rempah tandoori MAGGI..
3 sudu besar cili yang di mesin..
1 sudu besar serbuk kunyit..
5 sudu besar tepung goreng ayam..
3 ulas bawang merah..
2 ulas bawang putih yang dicincang halus..
2 inci halia..
garam..
Sambal Merah
200 gm cili kering..
200 gm bawang merah yang dicincang..
3 ulas bawang putih
2 labu bawang besar dimayang..
1/2 cawan tomato sos..
1 cawan cili sos..
minyak..
garam..
gula..
Cara Membuat Ayam Tandoori
1. Gaulkan semua bahan dan perapkan selama 1/2 jam
2. Gorengkan dalam minyak yg banyak sehingga garing.
Cara Membuat Sambal Merah

1.Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan naik minyak.
2. Masukkan tomato sos dan cili sos. Kacau rata sampai naik minyak.
3. Masukkan bawang besar dan gula. Masakkan sehingga pekat.

2 comments:

ekopelancongan said...

salam kembara..

dengan muka x malu nak sket..

ngee!

Mrs.Maimunah said...

salam kembali Eko Pelancongan..nk boleh jer..bukan kata skit akak bagi..satu periuk..bleh?